BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2011

PENGENALAN DAN CARA MEMAINKAN REKODER

Salam sejahtera semua.Hari ini saya ingin berkongsi teknik yang betul ketika bermain rekoder.

Sebelum memainkan rekoder, mari kita lihat bahagian-bahagian yang terdapat pada rekoder.




Terdapat 5 cara yang betul untuk memainkan rekoder.
1. Postur
2. Emboucher
3. Penglidahan
4. Pernafasan
5. Penjarian

POSTUR


Badan mestilah berdiri tegak dan kedudukan tangan diregangkan sedikit supaya lebih selesa


Rekoder dipegang condong 45 darjah.

Postur yang betul akan menghasilkan ton kualiti yang baik.Rekoder dipegang 45 darjah dari badan. Cara ini akan memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Tangan mestilah diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan.

Cara memegang rekoder ialah tangan kiri di atas manakala tangan kanan di bawah. Music stand digunakan untuk meletak notasi agar dapat mengekalkan postur yang betul.

EMBOUCHURE



Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).Pemipit dimasukkan diantara bibir.Bibir dirapatkan dan dilarang menggigit rekoder.

PENGLIDAHAN

Penglidahan penting untuk menghasilkan pic rendah dan pic tinggi . Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.

PERNAFASAN

Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diagfragma dilepaskan secara perlahan-lahan serta terkawal.Untuk not yang tinggi, tekanan udara yang lebih dilepaskan secara laju.

PENJARIAN


Untuk memudahkan pelajar, sistem nombor digunakan.Untuk itu bagi ibu jari tangan kiri nombor 0 digunakan untuk menutup lubang belakang rekoder.Nombor 1 untuk jari telunjuk menutup lubang 1. Seterusnya jari tengah mewakili nombor 2 dan menutup lubang 2 dan jari manis mewakili nombor 3 dan menutup lubang 3.

Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang 4.Jari hantu mewakili nombor 5 menutup lubang 5 pada rekoder.Lubang rekoder ke6 di tutup dengan jari manis dan lubang ke 7 ditutup dengan jari kelingking tangan kanan.

Sunday 9 October 2011

TEKANAN

Tekanan adalah detik tertentu yang dikuatkan dalam sesuatu corak irama yang menggunakan simbol '>'



CORAK IRAMA


Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap (rehat)disusun menggunakan nilaimasa yang berlainan bagi menjadikan satu corak irama yang nyata.Meter digunakan sebagai panduan yang menunjukkan nilai setiap bar.



METER


2 nilai not krocet dalam 1 bar bagi meter 2an.

3 nilai not krocet dalam 1 bar bagi meter 3an.

4 nilai not krocet dalam 1 bar bagi meter 4an.


TEMPO

Terdapat tempo cepat, tempo sederhana dan tempo lambat

RENTAK

RENTAK JOGET


RENTAK INANG



RENTAK MASRI



RENTAK ZAPIN

Konsep Muzik

Salam.Pada kali ini saya ingin membincangkan salah satu dari komsep muzik iaitu Irama.Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi yang merangkumi faktor detik, meter, tekanan , nilai , corak irama , tempo , rentak dan lain-lain.

DETIK

Detik adalah unit denyutan. Jangkamasa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

Monday 3 October 2011

konsep muzik

scribd.com/doc/39090922/konsep-muzik